Wednesday 1 February 2012



Mulai tahun 2009, Baiduri Training & Consultancy nombor pendaftaran SSM 002054348-T  telah mula mengorak langkah proaktif dengan menawarkan kepada Islamic Outreach ABIM, Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk menganjurkan secara bersama kursus-kursus berbentuk motivasi dan pembangunan diri khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dari rumah anak yatim dan anak-anak yatim/miskin tajaan Isamic Outreach ABIM.

Baiduri Training & Consultancy ini adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan yang komited dalam usaha membangunkan sumber manusia secara fitrah murni bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi keperluan duniawi dan juga ukhrawi.  Berbekalkan inspirasi usaha dakwah para ulama’ yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwah Islam tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan warna kulit maka tercetuslah idea penubuhan Baiduri Training & Consultancy di Malaysia. Ini adalah kerana syariah islamiah merupakan keperluan umat sejagat sebagai pedoman dan cara hidup demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
.
Baiduri Training & Consultancy cukup berpengalaman dalam soal penyampaian ilmu dan maklumat disamping keupayaan menyuntik semangat motivasi dan kesedaran ke arah pembentukan peribadi mulia. Ini terbukti apabila para perundingnya menerima  jemputan  mengendalikan kursus motivasi oleh pelbagai agensi. Adalah diharapkan matlamat Baiduri Training & Consultancy untuk turut menyumbang kepada pembinaan modal insan berlandaskan Al Quran dan Hadis akan tercapai.

Justeru itu Baiduri Training & Consultancy sudah semestinya memerlukan partisipasi serta sokongan dan nasihat berguna dalam setiap akitivitinya.Bermula dari tahun 2009 lagi, Baiduri Training & Consultancy telah mendapat sokongan dan bantuan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Di Raja Malaysia. Pada tahun 2012, pihak Baiduri Training & Consultancy dengan penuh keyakinan dan bersedia untuk melebarkan sayapnya dengan membuka ruang kepada masyarakat umum, pelajar-pelajar, remaja dan belia di luar sana yang dahagakan ilmu dan bimbingan rohani yang menjadi kekuatan Baiduri Training & Consultancy.

Firman Allah S.W.T:
Yang bermaksud: Maka ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. ( Surah Muhammad : Ayat 19)
Berdasarkan ayat di atas, Baiduri Training & Consultancy cuba mengetengahkan satu ilmu yang telah ditarik daripada manusia selepas mereka dilahirkan iaitu ilmu mengenal Allah S.W.T. Dengan itu, Baiduri Training & Consultancy lebih menekankan dan mendahulukan aspek keimanan. Ilmu dan Iman menjadi identiti utama Baiduri Training & Consultancy kerana ia merupakan satu asas yang menghubungkan makhluk dan penciptanya. Baiduri Training & Consultancy ini juga menyebarluaskan ilmu agama berdasarkan sistem pengajian, ini kerana kemantapan ilmu Islam adalah bertunjangkan keteguhan iman seseorang individu. Produk keluaran Baiduri Training & Consultancy iaitu siri Kem Anak Soleh yang diperkenalkan oleh Baiduri Training & Consultancy ini juga mempamerkan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri iaitu akidah dan tauhid berdasarkan keyakinan yang tercetus daripada pembuktian melalui mukjizat Nabi S.A.W.
Perkhidmatan program Mukjizat Al-Quran dan Sains yang  berbentuk  ilmiah atau dalam bahasa Arab nya “Al-I’jaaz Al-Il’miy” adalah satu perkhidmatan asas Baiduri Training & Consultancy yang menjadi satu  mata pelajaran asas, khususnya dalam kem-kem yang di jalankan.  Antara objektif Baiduri Training & Consultancy adalah berusaha sedaya upaya untuk membimbing manusia dari segenap lapisan masyarakat agar menjadi insan yang mempunyai keteguhan iman dan celik Islam.
Firman Allah S.W.T :
 [49.15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujuraat : Ayat 15)
Kebenaran Al-Quran terbukti berdasarkan kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis-saintis barat menggunakan peralatan-peralatan canggih walhal Al-Quran telah menceritakan tentang fakta ilmu tersebut sebelum 1400 tahun dahulu.  Ini menunjukkan bahawasanya Al-Quran adalah dari sisi Allah dan Muhammad itu Rasul Allah dan segala yang ada di dalam Al-Quran itu adalah benar sehingga manusia dapat meneguhkan imannya.
Selain dari itu, di Baiduri Training & Consultancy juga, golongan bukan Islam dapat menimba ilmu pengetahuan kerana di sini mereka boleh  untuk lebih mengenali agama Islam sebagai sebuah agama yang benar, khususnya bagi orang bukan Islam yang mahu memeluk agama Islam dan saudara baru (mualaf) yang mahu mengenali agama Islam secara lebih terperinci dan memahami agama Allah ini dengan lebih mendalam.